TAHUKAH ANDA? (Part 26: Bahasa Pengaturcaraan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Untuk kita berkomunikasi sesama manusia, kita perlu mahir dalam suatu bahasa spesifik, bukan? Begitulah juga dengan komputer; para programmers wajib mahir dalam bermacam bahasa pengaturcaraan!

“Apakah bahasa pengaturcaraan?” Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan! Dalam erti kata mudah, bahasa pengaturcaraan adalah sebuah bahasa yang digunakan bagi membangunkan software programs, skrip dan set arahan lain yang akan dilaksanakan oleh sistem komputer. Seperti bahasa yang digunakan antara manusia, bahasa pengaturcaraan juga terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya adalah :

  • Bahasa Mesin & Bahasa Himpunan

Bahasa mesin dan bahasa himpunan tergolong dalam bahasa pengaturcaraan tingkat rendah, di mana ia bergantung kepada kod angka (0 dan 1) untuk pengoperasian komputer. Processor mampu menjalankan program tingkat rendah secara langsung. Jadi, apa-apa program yang ditulis dalam bahasa mesin ataupun himpunan, mampu dijalankan dengan sangat pantas.

(Bahasa Mesin VS Bahasa Himpunan)

Bahasa mesin dikatakan lebih mudah untuk dibaca oleh sistem komputer kerana ia dipaparkan dalam bentuk nombor binari, di mana sebarang penterjemah tidak diperlukan untuk convert program. Bagi bahasa himpunan pula, ia dianggap sebagai suatu bahasa yang berada di tahap lebih tinggi (sedikit) daripada bahasa mesin! Bahasa ini dicipta untuk processor yang tertentu dan menggunakan penghimpun untuk menterjemah bahasa himpunan kepada bahasa mesin (nombor binari) yang boleh difahami oleh komputer.

  • Bahasa Algoritma

Tidak seperti bahasa mesin dan bahasa himpunan, bahasa algoritma adalah bahasa pengaturcaraan tingkat tinggi. Bahkan, ia adalah yang pertama dibangunkan sebagai bahasa pengaturcaraan tingkat tinggi! Ia direka untuk menyatakan pengiraan matematik atau operasi algebra, dan membenarkan penggunaan subprogram untuk mengumpulkan segala operasi yang biasa digunakan untuk digunakan semula.

Tambahan lagi, bahasa algoritma mempunyai subprogram rekursif, di mana sistem komputer mampu menyedari kewujudan masalah dan lantas menyelesaikan, ataupun mengurangkan, impak masalah tersebut. Berikut antara pelbagai bahasa algoritma yang biasa digunakan:

a. FORTRAN

(Penggunaan FORTRAN dalam sistem komputer)

Formula translation, FORTRAN, dibangunkan pada tahun 1957 dan pada asalnya, bertujuan untuk pengiraan saintifik dengan nombor yang nyata. Ia memendekkan proses pengaturcaraan dan menjadikan pengaturcaraan komputer lebih mudah untuk akses. Walaupun berpuluh tahun telah berlalu, FORTRAN tetap digunakan kerana sintaks tatasusunannya yang mudah digunakan, jangka hayat kod yang dijamin panjang dan lain-lain lagi.

b. C

C adalah bahasa pengaturcaraan komputer yang dibangunkan pada 1972 untuk pengaturcaraan sistem pengendalian komputer. Sehingga kini, ia antara bahasa pengaturcaraan yang paling terkenal dan merupakan subjek asas untuk pelajar-pelajar jurusan kejuruteraan komputer.

Antara sebab ia begitu terkenal adalah kerana sifatnya yang fleksibel dan mudah dilanjutkan. Ia digunakan untuk melakukan pengiraan serta operasi yang rumit seperti MATLAB, dan juga untuk membangunkan pelbagai aplikasi seperti Text Editors, Compilers dan lain-lain.

  • Bahasa Berorientasikan Perniagaan

Bahasa pengaturcaraan yang berorientasikan perniagaan terdiri daripada beberapa bahasa, termasuk :

a. COBOL (Common business-oriented language)

COBOL juga adalah antara bahasa pengaturcaraan tingkat tinggi yang banyak digunakan pada aplikasi industri perniagaan, kewangan dan sumber manusia. Melalui COBOL, keupayaan pengendalian fail oleh sistem komputer meningkat dan membolehkannya mengendalikan jumlah data yang besar.

(COBOL)

Bukan sahaja pengendalian jumlah data yang besar, COBOL juga mampu menstruktur data rekod dengan mengelompokkan data-data seperti nama klien, nombor kad pengenalan, umur dan alamat ke dalam satu unit!

b. SQL (Structured query language)

Ia disebut sebagai bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk menentukan pengorganisan pangkalan data, ataupun koleksi rekod. Pangkalan data yang dibangunkan dengan SQL dipanggil relational kerana keupayaannya untuk mendapatkan maklumat tambahan yang berkaitan.

Pernyataan SQL digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas mengemaskini data dalam pangkalan data serta mendapatkan semula (retrieve) data daripada pangkalan data. Beberapa sistem pengurusan pangkalan data relational yang menggunakan SQL adalah Oracle, Sybase, Microsoft Access dan lain-lain.

  • Bahasa Berorientasikan Objek

Bahasa pengaturcaraan yang ini bantu dalam mengendalikan program besar yang kompleks. Objek akan menyatukan data dan operasi padanya, di mana operasi sistem komputer boleh diakses secara umum, tetapi butiran dalaman tentang struktur data akan disembunyikan. Antara bahasa berorientasikan objek yang biasa digunakan adalah :

a. C++

Ia mula dibangunkan pada 1980an dan merupakan bahasa pengaturcaraan lanjutan daripada bahasa C. Seperti C, ia juga digunakan secara meluas kerana kecekapannya dan kemampuannya untuk membenarkan kawalan penuh ke atas pengurusan memori data. Dengan ciri-ciri yang telah dipertingkatkan, C++ digunakan untuk sistem multi-device dan multi-platform.

b. Ada

Penamaan bahasa pengaturcaraan yang satu ini pernah diceritakan dalam artikel kami yang sebelumnya! Ia dinamakan sempena pengaturcara pertama, Ada Lovelace. Salah satu ciri-ciri yang signifikan mengenai bahasa Ada adalah pengendaliannya yang baik membolehkan program untuk menyelesaikan ralat dengan sendirinya, dan juga selalu digunakan untuk membangunkan program yang besar.

c. Java

Java adalah bahasa pengaturcaraan tingkat tinggi yang mudah, selamat dan dipercayai secara meluas. Pada awalnya, ia hanya dibangunkan untuk www (world wide web) dan kini, ia digunakan secara meluas terutamanya dalam sistem perbankan, peruncitan, teknologi maklumat dan lain-lain.

Oleh sebab ia direka untuk menjadi bahasa pengaturcaraan yang mudah dikendalikan, Java juga diaplikasikan pada peranti-peranti kecil seperti telefon bimbit, terutamanya dalam sistem telefon Android!

  • Bahasa Penskripan

Dibangunkan untuk menyelesaikan isu-isu pengaturcaraan yang kecil, bahasa penskripan adalah antara bahasa terpenting dalam dunia pengaturcaraan. Malahan, ia juga digunakan untuk menulis utiliti sistem pengendalian. Antara bahasa penskripan adalah :

a. JavaScript

Ia merupakan sejenis bahasa penskripan yang digunakan pada kedua-dua sisi klien dan juga sisi server. Mengejutkan lagi, hampir 97.8% semua laman web menggunakan JavaScript!

Hal ini kerana ia membenarkan programmer untuk mengaplikasikan ciri-ciri yang kompleks pada laman web mereka. Dengan ini, programmer mampu untuk membangunkan laman web yang dinamik, selain penciptaan grafik animasi serta permainan atas talian, dan lain-lain!

b. Python

Python dibangunkan sebagai suatu bahasa pengaturcaraan yang mudah digunakan dan juga terkenal kerana cirinya yang begitu mesra pengguna. Ia merupakan bahasa sumber terbuka dengan modul sokongan yang luas dan juga mudah untuk diintegrasikan dengan perkhidmatan web.

Dengan hanya beberapa pernyataan, Python mampu untuk melaksanakan tugas yang kompleks. Kini, ia banyak digunakan dalam machine learning, artificial intelligence, Big Data serta aplikasi-aplikasi yang berasaskan GUI.

c. PHP (Hypertext preprocessor)

Bahasa sumber terbuka ini dibangunkan pada 1990an untuk pembangunan laman web yang dinamik. Ramai pemaju web beranggapan bahawa ia adalah wajib untuk mempelajari bahasa PHP kerana 80% laman web dan juga aplikasi dibangunkan dengan bahasa pengaturcaraan tersebut. Antaranya adalah Facebook, Yahoo! dan lain-lain lagi.

Walaupun PHP mempunyai kelebihannya sendiri seperti keupayaan untuk menjalankan ia pada pelbagai sistem pengendalian, termasuk Windows, Linux dan Mac, ia juga mempunyai keburukannya tersendiri, di mana ia tidak sesuai untuk aplikasi yang besar dan juga penyelenggaraannya yang agak sukar.

Bahasa-bahasa pengaturcaraan di atas hanyalah beberapa sahaja dan oleh sebab bahasa pengaturcaraan terdiri daripada pelbagai jenis, seseorang programmer itu wajarlah mahir dalam beberapa bahasa di atas untuk berjaya dalam industri ini!

Sumber

Britannica, T. Information Architects of Encyclopaedia. “computer programming language.” Encyclopedia Britannica, January 18, 2023. https://www.britannica.com/facts/computer-programming-language

Veeraraghavan, Sruthi. “Top 20 Programming Languages You Must Learn in 2023.” Simplilearn.com. Simplilearn, January 13, 2023. https://www.simplilearn.com/best-programming-languages-start-learning-today-article

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.