TAHUKAH ANDA? (Part 23: TimeMaps)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Bagi pelajar-pelajar di luar sana, pernah tak anda terfikir bagaimana kehidupan anda sebagai seorang pelajar pasti akan menjadi senang jika adanya sebuah laman web yang dikhususkan untuk menggariskan kesinambungan sejarah antara tamadun? Jika pernah, TimeMaps lah jawapan bagi semua persoalan anda!

Laman web ini menyediakan konten “TimeMap of World History”, di mana masyarakat global, tidak mengira umur, boleh memanfaatkannya untuk mendalami sejarah dunia. Bagi menjamin kesahihan maklumat yang disalurkan melalui TimeMaps, ia telah mengaplikasikan Atlas dan Encyclopedia ke dalam laman webnya.

(Laman web TimeMaps)

TimeMap of World History

Atlas diaplikasikan bagi membantu pengguna menyemak imbas sejarah dunia yang merangkumi pelbagai kawasan serta tempoh masa. Pengguna boleh sahaja memilih salah satu tempoh masa berikut dan akan dibawa ke peta dunia, di mana mereka boleh memilih kawasan ataupun tamadun mana yang mereka ingin pelajari ketika tempoh masa berikut.

(Pemilihan tempoh masa dan kawasan/tamadun)

Jika pengguna telah memilih tempoh masa serta kawasan ataupun tamadun yang ingin mereka pelajari, mereka kemudian akan dibawa ke satu halaman yang menyediakan pelbagai penjelasan tentang sejarah masyarakat tersebut. Penjelasan ringkas mengenai sejarah kawasan tersebut merangkumi keadaan sosial, ekonomi, politik dan agama serta kepercayaan majoriti penduduk.

(Penjelasan sejarah masyarakat China pada tahun 30SM)

Pengaplikasian Encyclopedia pula adalah bagi memudahkan pengguna menggali serta mempelajari pelbagai topik dengan lebih mendalam. Encyclopedia TimeMaps mengandungi banyak artikel ringkas yang bermaklumat tentang tamadun, empayar dan wilayah merentasi pelbagai garis masa. Senarai artikel-artikel ini telah disusun secara kronologi A-Z dan juga terbahagi mengikut wilayah yang terkait dengannya.

(Halaman Encyclopedia di laman web TimeMaps)

Oleh sebab tujuan utama Encyclopedia diaplikasikan ke dalam TimeMaps, artikel-artikel yang disediakan bersifat komprehensif dengan topik-topik sejarah ini dijelaskan secara holistik. Di akhir artikel juga, ia akan mencadangkan beberapa artikel lain yang berkait untuk tujuan pembacaan tambahan.

(Salah satu artikel mengenai Babylon di Encyclopedia TimeMaps)

Jelaslah, features TimeMaps mudah digunakan dan amat mesra pengguna. Boleh dikatakan juga bahawa laman web ini merupakan suatu inisiatif bagus bagi memudahkan masyarakat untuk mempelajari Sejarah. 

Untuk mencuba, klik link : https://timemaps.com/

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.