Di Amerika Syarikat, projek media laman web game, Mission US, telah dibangunkan bagi menggalakkan pembelajaran sejarah negara Amerika Syarikat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat awam. Ia dibiayai oleh sebuah pertubuhan bukan keuntungan, Corporation for Public Broadcasting, dan telah pun menjalani segala peringkat perancangan dan penyelidikan yang teliti.


Malah, bagi menilai impaknya kepada pemikiran pengguna, pelbagai kumpulan guru serta pelajar telah ikut serta dalam percubaan dan kajian game berkenaan sebelum ia secara rasmi diumumkan kepada masyarakat awam.
Apakah sebenarnya Mission US?
Mission US merupakan suatu bentuk game naratif yang interaktif dan mesra pengguna. Melalui game ini, pengguna akan menjadi seorang karakter di dalam mana-mana timeline sejarah Amerika Syarikat yang telah mereka pilih.

Dengan persekitaran dan suasana bersejarah, pengguna akan didedahkan kepada beberapa jenis pilihan yang mampu menerangkan cara pemikiran masyarakat Amerika Syarikat mengikut timeline sejarah berkenaan. Selaras dengan tujuan pembangunan laman web game ini untuk membuka minda masyarakat awam tanpa sebarang tapisan, Mission US akan mengajar topik-topik rumit dan sensitif dalam sejarah Amerika Syarikat.
Contohnya, garis masa sejarah “1907 : The Immigrant Experience” membawa pengguna kepada situasi di mana karakter mereka merupakan seorang imigran berbangsa Yahudi dari Union of Soviet Socialist Republics (USSR) yang berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1907. Pengguna akan menyusur beberapa batang jalan raya dan belajar tentang bermacam lokasi ikonik di Manhattan, New York.

Begitulah juga dengan pilihan garis masa sejarah lain di dalam laman web Mission US. Secara asasnya, game ini akan melibatkan pengguna dalam masalah-masalah sejarah serta kontemporari. Ia lantas mampu menggalakkan pengguna untuk memperluas perspektif mereka dengan konteks sosial, politik dan ekonomi mengikut peristiwa-peristiwa masa lampau yang telah diaplikasikan di dalam game ini.
Klik link untuk mencuba : https://www.mission-us.org/
One Response