Ada di antara anda pasti pernah fikir, “Bosanlah subjek Sejarah”. Sebenarnya, memang ramai yang fikir begitu, tetapi anda belum lagi jumpa laman web ataupun aplikasi Sejarah yang boleh buktikan bahawa anda salah! Dalam artikel ini, kami telah mengkompilasikan beberapa laman web pembelajaran Sejarah yang interaktif dan dijamin kurikulumnya :
- GeoGuessr
GeoGuessr merupakan suatu permainan dalam talian di mana pengguna boleh menilai tahap kecerdasan pengetahuan am mereka sendiri, lebih-lebih lagi dalam bidang Geografi dan Sejarah.
Yang menariknya lagi, ia bukan sahaja tertumpu kepada satu negara sahaja, tetapi keseluruhan dunia. Pemain akan ditempatkan secara rawak melalui Google Street View dan mereka perlu mencari petunjuk tentang nama tempat keberadaan mereka dengan menggunakan kemahiran navigasi masing-masing.
Baca lebih lanjut tentang GeoGuessr di : https://websiteusahawan.com/2023/01/07/tahukah-anda-part-20-geoguessr/
- School History
Laman web “School History” dibangunkan bagi membantu menyediakan material sejarah untuk para guru di United Kingdom. Kini, ia turut mempunyai features sebagai suatu platform permainan pendidikan digital yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat seluruh dunia. Banyak topik sejarah disertakan dalam setiap game tersebut untuk menggalakkan pengguna bermain sambil belajar dengan otak yang aktif.
Baca lebih lanjut tentang School History di : https://websiteusahawan.com/2023/01/07/tahukah-anda-part-21-school-history/
- Mission US
Mission US merupakan satu lagi projek media laman web game yang semakin mendapat nama dalam kalangan pendidik dan pelajar di Amerika Syarikat. Ia merupakan suatu bentuk game naratif, di mana pengguna akan menjadi seorang karakter di dalam mana-mana timeline sejarah Amerika Syarikat yang telah mereka pilih.
Jadi, jika anda pernah terfikir cara kehidupan masyarakat Amerika Syarikat pada zaman dahulu, game ini sesuai untuk anda!
Baca lebih lanjut tentang Mission US di : https://websiteusahawan.com/2023/01/07/tahukah-anda-part-22-mission-us/
- TimeMaps
TimeMaps telah dibangunkan dengan tujuan utamanya untuk memudahkan pencarian pelbagai topik Sejarah dunia. Konten “TimeMap of World History” telah mengaplikasikan Atlas dan Encyclopedia bagi menjamin kesahihan artikel Sejarah. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menaip kata kunci topik-topik yang ingin anda pelajari!
Baca lebih lanjut tentang TimeMaps di : https://websiteusahawan.com/2023/01/07/tahukah-anda-part-23-timemaps/
Sememangnya, dengan laman web yang disenaraikan di atas, anda pasti akan berasa seronok ketika belajar subjek Sejarah! Pendekatannya yang unik dan berlainan antara satu sama lain pasti menjadikan pembelajaran subjek Sejarah semakin menarik. Jadi, apa lagi yang anda tunggu?