TAHUKAH ANDA? (Part 18: Kecerdasan Buatan VS Kecerdasan Manusia)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

     Kecerdasan buatan, ataupun artificial intelligence (AI) bukanlah satu konsep yang baru lagi. Kita pun sudah pernah mengulas sedikit sebanyak tentangnya melalui beberapa artikel yang lepas.

 

     Dari alam fiksyen sains seperti filem “The Terminator” (1984) dan “The Matrix” (1999) hinggalah ke alam kehidupan seharian kita, AI sememangnya memainkan peranan yang begitu meluas dalam pelbagai industri hari ini. Dengan kehebatan AI sejak beberapa tahun belakangan ini, suatu perdebatan muncul tentang paradigma kecerdasan manusia, ataupun human intelligence (HI) yang terpaksa bersaing dengan AI.

(Kecerdasan buatan; AI [kiri] vs kecerdasan manusia; HI [kanan])

 

     Oleh itu, dalam artikel kali ini, kita akan lihat pula dengan lebih mendalam tentang perbezaan AI dan HI :

 

Kecerdasan Buatan (AI)

     AI didefinisikan sebagai sebuah sistem komputer yang memproses simulasi kecerdasan manusia dan lantas, mampu membuatkan sesebuah mesin untuk meniru atau “mimic” cara pemikiran manusia.

(Teknologi AI mengenal pasti masalah)

 

     Daripada definisi pendek ini, boleh disimpulkan bahawa kecerdasan manusia diaplikasikan ke dalam sistem komputer. Dengan ini, data akan diproses terlebih dahulu dan kemudian, arahan akan dikeluarkan dalam pengendalian peranti sistem AI. Oleh itu, sesebuah mesin atau teknologi lainnya akan mampu untuk mengenal pasti masalah dan cekap mencari solusi dengan sendirinya; sama ada ia adalah masalah yang mudah ataupun rumit untuk diselesaikan.

 

Kecerdasan Manusia (HI)

     Bagi HI pula, ia mengambil kira faktor genetik, didikan dan pendedahan kepada pelbagai jenis situasi yang akan membentuk tahap kecerdasan manusia. Jadi, HI sememangnya bergantung kepada kualiti mental seseorang individu, di mana ia diukur melalui kemampuan seseorang individu untuk belajar daripada pengalamannya sendiri, serta menyesuaikan diri mengikut situasi.

(Keupayaan kognitif manusia bergantung pada interaksi antara manusia sejak usia muda)

 

     Maka, oleh sebab tahap HI yang berlainan mengikut individu, tindak balas individu juga akan berlaku sesuai dengan keupayaan kognitif mereka untuk memproses maklumat, memahami serta mengendali sesuatu masalah.

 

Kelebihan AI vs HI

Kecerdasan Buatan (AI)Kecerdasan Manusia (HI)
Cekap. Sistem komputer memproses data dan maklumat yang banyak dalam masa yang lebih singkat.Lebih humane. Manusia mempunyai perasaan dan emosi yang telah lama diterapkan dalam diri. Maka, dengan HI, manusia mudah untuk membina hubungan sesama manusia.Contoh : Dengan HI, servis perkhidmatan pelanggan boleh memahami keperluan pelanggan dengan lebih baik.
Pengurangan ralat. Ketepatan dalam membuat keputusan oleh AI ditentukan berdasarkan maklumat yang dikumpul serta set algoritma (guidelines) yang telah diprogramkan dengan betul.Kos upah yang rasional. HI individu membolehkan seseorang itu untuk diterima kerja dan juga naik pangkat. Upah individu biasanya adalah rasional mengikut tahap HI dan seberapa banyak pekerjaan mereka.
Ketersediaan 24/7. Tidak seperti manusia, AI mampu untuk mengendalikan tugas yang berulang tanpa wujud rasa penat dan ingin rehat.Mempunyai kreativiti dan bersifat inovatif. Manusia mampu berfikir dengan akal fikiran dan dapat membangunkan pendapat mereka sendiri.
Keputusan tidak berat sebelah. AI tidak mempunyai emosi dan bersifat praktikal serta rasional dalam segala pendekatannya. Jadi, pembuatan keputusan adalah lebih tepat tanpa sebarang pandangan yang berat sebelah.Bersifat fleksibel. Tahap HI individu mampu membuatkan seseorang itu mempunyai keupayaan untuk multitask bermacam tugas dalam satu-satu masa kerana mereka dapat melakukan pertimbangan sendiri yang wajar.
Tiada risiko besar. Dengan kemudahan teknologi AI, manusia boleh mengatasi banyak risiko nyawa seperti penerokaan laut dalam dan angkasa lepas, serta meredakan bom tanpa membahayakan nyawa manusia.Penyesuaian diri yang mudah. Manusia dengan tahap HI masing-masing mampu menyesuaikan diri mereka mengikut situasi. Perspektif mereka mampu berubah mengikut maklumat baru yang telah diserap.

 

Kekurangan AI vs HI

Kecerdasan Buatan (AI)Kecerdasan Manusia (HI)
Tiada emosi. Tidak mampu menyelesaikan masalah secara holistik, lebih-lebih lagi apabila ia memerlukan proses kognitif manusia.Contoh : Melalui chatbot, AI tidak mampu untuk mengambil kira perasaan dan emosi pelanggan.Kurang cekap. Kajian menunjukkan bahawa manusia bersifat produktif hanya selama 3 hingga 4 jam sewaktu bekerja. Manusia cenderung untuk rasa penat dan inginkan istirahat serta cuti, tidak seperti mesin teknologi AI yang mampu bekerja 24/7.
Kos tinggi. Penciptaan mesin berteknologi AI memerlukan kos yang tinggi dan memakan banyak masa. Ia akan tetap kekal mahal kerana keperluan mesin untuk diselenggara dan dikemaskini sentiasa.Keputusan berkemungkinan berat sebelah. Manusia mempunyai pengalaman berbeza dan hal ini akan mempengaruhi tahap HI mereka. Keputusan yang berat sebelah boleh berlaku apabila emosi individu mula memainkan peranan.
Tiada kreativiti. AI tidak mampu untuk berfikir di luar kotak seperti manusia yang mampu mendapat idea secara semula jadi melalui pengalaman yang pernah dilaluinya sendiri.Contoh : Lukisan AI yang viral di aplikasi TikTok hanya mampu mengambil dan remix hasil karya seni daripada pelukis lain.Kekerapan ralat. Human mistake boleh berlaku disebabkan faktor unik proses kognitif individu yang berlainan. Keputusan dibuat tidak bersifat objektif seperti teknologi AI yang telah diprogramkan untuk hanya mengikut guidelines tertentu.
Tiada etika. Etika dan moral masih belum dapat diaplikasikan ke dalam sistem AI.Risiko besar. Nyawa manusia boleh menghilang apabila berdepan dengan situasi berisiko besar walaupun dengan tahap HI mereka yang tinggi.

     Maka, dengan mengetahui kelebihan serta kekurangan AI dan HI, sesuatu yang pasti adalah kepentingan keseimbangan di antara kedua-dua komponen ini bagi membangunkan industri global yang lebih maju. Ia adalah penting untuk masyarakat kini dididik dengan maklumat mengenai AI agar masyarakat dapat menyiapkan diri dan tidak ketinggalan dalam arus pemodenan.

 

 

Sumber

Duggal, Nikita. “Top Advantages and Disadvantages of Artificial Intelligence [2023 Edition].” Simplilearn.com. Simplilearn, December 7, 2022. https://www.simplilearn.com/advantages-and-disadvantages-of-artificial-intelligence-article

Simplilearn. “Artificial Intelligence vs. Human Intelligence: Simplilearn.” Simplilearn.com. Simplilearn, November 17, 2022. https://www.simplilearn.com/artificial-intelligence-vs-human-intelligence-article#what_is_artificial_intelligence

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.