Projek Bina Laman Web Rileks Community oleh Legoom

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Tenang Komuniti Sdn. Bhd, ataupun lebih dikenali sebagai Rileks Community (RC), ditubuhkan pada 6 Januari 2022. Bagi berkongsi maklumat dengan masyarakat umum tentang produk dan servis mereka, RC telah mengupah Legoom untuk projek membina laman web mereka. Homepage RC yang terkini dibina dengan konsep minimalis bagi menyerlahkan visi syarikat untuk membangun ke arah dunia berteknologi tinggi dengan berlandaskan ilmu pengetahuan.

Dengan misi untuk mendesentralisasikan komuniti ke arah kepelbagaian ilmu teknologi sejajar evolusi dunia, RC menawarkan kursus latihan asas perisian Linux, asas pengaturcaraan, asas rangkaian dan asas keselamatan siber. Kelas sesi pertama dikendalikan pada tahun 2019 secara persendirian oleh 11 orang tenaga pengajar yang mempunyai latar belakang dalam pengajian sains komputer dan teknologi maklumat. Oleh sebab respon yang positif daripada masyarakat, RC kemudian berjaya mempelbagaikan kursus-kursus latihan mereka seperti sekarang.

Di samping itu, RC juga menyediakan produk “Battle of 1337” di mana para peserta akan menjalani ujian ketahanan yang bertujuan untuk menguji kemahiran secara individu. Melalui produk ini, para peserta tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang kerjasama dan juga apa jua aktiviti sabotaj sekalipun. Oleh itu, ia mendapat menguji kemahiran seseorang individu secara holistik.

Lebih-lebih lagi, demi menarik pengguna dan pelajar daripada pelbagai peringkat umur untuk menyertai kursus-kursus latihan, RC turut memberikan sijil profesional seperti CompTIA, Linux Foundation, Cisco dan Offensive Security. Perkara ini diserlahkan dalam laman web RC yang telah dibina oleh Legoom.

Melalui projek pembinaan laman web RC juga, Legoom telah bertanggungjawab dalam melampirkan garis masa sejarah penubuhan syarikat yang bermula seawal tahun 2011, serta kerjasama yang terjalin bersama-sama OMGHACKERS dan Yayasan Digital Malaysia. Laman web yang dibina oleh Legoom ini juga memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang berjaya dilaksanakan oleh RC sepanjang tahun 2022.

Dengan pembinaan laman web RC ini, Legoom berharap ia dapat mencapai tujuan memberikan maklumat yang lengkap bagi menarik perhatian khalayak ramai untuk menyertai kursus-kursus latihan dan servis RC yang lainnya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.