TAHUKAH ANDA? (Part 1 : Pengenalan kepada IT)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

     Semua telah sedia maklum akan perkembangan teknologi maklumat, ataupun lebih sering dikenali sebagai IT (information technology). IT merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat moden dan kehidupan harian kita. Jika kita berhenti sejenak dan berfikir, kita mungkin akan bertanya kepada diri sendiri “Apakah sebenarnya fungsi IT?” dan “Bagaimanakah IT boleh berkembang daripada generasi ke generasi?”. Jadi, mari kita jawab dua soalan tersebut.

     IT berfungsi untuk menerima, menyimpan, mendapatkan semula, menghantar dan memanipulasi data dengan menggunakan aplikasi komputer dan peralatan elektronik lain serta sebarang jenis alat telekomunikasi. Ia melibatkan suatu gabungan hardware dan software yang digunakan bagi melaksanakan dan memudahkan sebarang aktiviti masyarakat moden kini, termasuklah untuk kegunaan peribadi mahupun aktiviti komersial perdagangan dan lain-lain. Namun, IT sebenarnya lebih lazim digunakan dalam konteks operasi perdagangan berbanding hiburan peribadi, kerana ia merangkumi kedua-dua teknologi komputer dan telekomunikasi.

   Dari perspektif masyarakat moden dalam konteks operasi perdagangan, jabatan IT bagi mana-mana perniagaan sekalipun, bertanggungjawab untuk memastikan sistem rangkaian data dan aplikasi organisasi berhubung serta berfungsi dengan baik. Biasanya, jabatan IT dibahagikan kepada tiga bidang utama iaitu bagi :

  1. Menyelenggara aplikasi perdagangan, perkhidmatan dan infrastruktur (server, networks, storage etc.)
  2. Memantau, menyelesaikan masalah dan memastikan bahawa prestasi aplikasi perdagangan, perkhidmatan dan infrastruktur berfungsi secara optimum
  3. Menyelia keselamatan siber dan tadbir urus aplikasi perdagangan, perkhidmatan dan infrastruktur

 

     Jadi, itulah sedikit sebanyak info tentang pengenalan kepada bidang IT. Di artikel selanjutnya, sejarah perkembangan IT dan bagaimana ia boleh berkembang daripada generasi ke generasi akan dikupas dengan lebih lanjut.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.