Diari Buku 1

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Diari Perjalanan Menuju Kejayaan

Terasa sekejap benar masa berlalu pergi. Aku kini telah menginjak ke penghujung usia 20an dan bakal memasuki fasa Bapa-Bapa seperti kata orang lama. Namun di usiaku ini, aku masih mencari erti percintaan yang hakiki seperti Cintanya Saidatina Fatimah dan Ali. Wang dan kemashuran belum sepenuhnya aku mengerti. Namun pahit manis, ranjau kehidupan penuh liku dan duri gagah aku tempuhi sehingga aku mampu berdiri diatas kaki sendiri tanpa pertolongan dari yang lain. Namun, siapalah aku melainkan sorang hamba yang penuh dengan dosa dan nafsu. Terkadang imarah-ku juga seperti lautan yang disangka tenang namun boleh secara tiba-tiba mengoncangkan daratan yang ditempuhnya. 

Aku pernah merasa sukarnya hidup dijalanan dengan berbaki wang kertas RM50 untuk digunakan selama seminggu. Keperitan itu mengajar aq erti bersyukur yang sebenarnya. Ramai melihat aku bermewahan namun tidak ramai yang menyedari liku dan jerih payah yang aku terpaksa lalui sebelum semampu seperti sekarang. Aku diajar untuk melihat setiap masalah yang datang adalah peluang yang dihidang. Sepantas kawan-kawanku hadir dalam kehidupanku sepantas itu juga mereka pergi demi mencipta diari kehidupan mereka sendiri. Kawan-kawan itu seperti sebuah kertas putih yang kita sendirilah yang menciptanya. Baiklah penciptaan sesuatu  hubungan itu maka baiklah dan berkekalan hubungan itu.

Mengimbau kembali kenangan bersama keluarga hanyalah kemanisan yang diraih. Namun aku sedar, kemanisan seperti madu itu juga bakal hilang dimamah usia. Yang akan tinggal hanyalah coretan Sang Musafir Alam dan kenangan yang tidak akan pernah luput dari ingatan. Perjalanan ku masih jauh di dunia yang penuh tipu helah dan sementara ini , namun iktihar ku selamanya demi mengejar dunia yang kekal selamanya. 

Oh Tuhan yang menghidupkan aku dalam Islam , Aku memohon untuk kembali juga dalam Islam. Demi KEJAYAAN Yang Kekal Abadi!

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.