Salam Ulang Tahun Dua Negarawan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Kini, Malaysia menghadapi ujian yang amat besar dalam aspek kesihatan warga mahupun politik. Kami di Websiteusahawan mendoakan segalanya terbaik untuk negara kita. Mungkin sudah tiba masanya untuk tiada parti sementara; cuma tanggapan insan kerdil ini sebagai warganegara Malaysia yang tercinta. Apa-apapun, hari ini kami berbesar hati untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat merpati dua sejoli yang amat disegani dan dibanggakan negara yakni Bapa Pemodenan Malaysia, Tun Dr Mahathir (10hb Julai 1925) dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah (12hb Julai 1926).

Di kesempatan ini, kami mendoakan kesihatan kedua-duanya sejahtera kini dan tahun yang mendatang. Semoga kita dapat mempelajari teladan mereka agar sempat melihat arena politik Malaysia berdamai dengan baik semuanya. Bagi pandangan kami, janganlah dek ketagihan politik parti melampau, kita saling membenci sesama sendiri. Tugas kita untuk memilih seseorang bukan berarti kita harus membenci lawan pilihan kita. Marilah sama-sama kita berdoa akan kesihatan para pemimpin negara tanpa kira parti, bangsa atau agama; dan berharap pandemik serta ketidakstabilan politik di tanah dan air kita kembali ke Malaysia yang lama; yang patut kita bangga. Akhir kata, Salam Ulang Tahun Negarawan dan Negarawati Malaysia.

Kredit Lukisan: Qiaros
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.