Aida Tak Sabar!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Pernah tak kalian dengar perkataan ini:

“AI DA STRESSSS!!!”

“JEEEROOOOOOOOO”

Itulah Aida. Watak utama dalam iklan Raya Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertajuk, Dugaan Raya Aida pada tahun 2017. Secara ringkasnya, dalam iklan ini Aida ingin balik ke kampung tetapi ada sahaja yang menghalangnya. Bagi yang belum menonton iklan tersebut, admin telah pun menyelit videonya di bawah:

Dugaan Raya Aida Iklan TNB 2017

Iklan ini merupakan titik permulaan iklan Tenaga Nasional Berhad mendapat perhatian daripada netizen. Cara TNB mengolah iklan ini dengan kreativiti dan sketsa komedi telah mencuit hati netizen lantas mereka ternanti-nanti iklan raya TNB setiap tahun. Iklan-iklan raya TNB yang tular setanding dengan iklan Dugaan Raya Aida adalah Rumah Epik Fantastik dan Konvoi Epik Fantastik dan Semangat Raya Epik Fantastik dibintang oleh Jero, kucing kesayangan Aida~

Yang membuatkan admin teruja untuk memberitahu kalian adalah…

Dung dung dung!

AIDA BALIK~~~

Hikmah Raya Aida Teaser Iklan TNB 2021

Baru-baru ini, TNB telah memberikan sebuah teaser iklan yang mempaparkan Aida, sekali lagi menjadi peranan utama untuk Iklan Raya TNB~~ Admin rasa Aida tak dapat balik kampung lagilah untuk tahun ini. (Kerana Perintah Kawalan Pergerakan; PKP). Melihat Aida sedang ‘sibuk’ di dapur membuat admin merungkai banyak spekulasi. Mungkinkah Aida:

membakar kuih raya?

ataupun tekanan kerja…?

Apa-apa pun, admin sangat teruja untuk melihat telatah Aida untuk iklan kali ini. Nampak gayanya semakin meriah jika ditonton daripada teaser tersebut. Admin dapat melihat semakin banyak iklan raya mula mewarnai 2021 ini~~

Tak sabarnya~

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.