Pagi ini kami buka blog dan perasan tersedianya kemaskini terbaru untuk WordPress 5.7. Maklumlah menulis sekadar mengisi masa lapang, kadang terlepas pandang dengan berita-berita baharu. Dengan ayat utama mereka, “Jazz up your stories in an editor that’s cleaner, crisper, and does more to get out of your way” menampakkan kemaskini ini mungkin adalah kemaskini besar dan boleh jadi terbaik setakat ini. Mari kita lihat apakah hal-hal baharu yang mereka tawarkan.
Dengan versi baru ini, WordPress membawakan anda warna-warna segar. Editor membantu anda bekerja di beberapa tempat yang tidak dapat anda lakukan sebelumnya. Alat kawalan yang paling banyak anda gunakan, seperti menukar saiz fon, terdapat di lebih banyak tempat — tepat di mana anda memerlukannya. Dan perubahan susun atur yang semestinya sederhana dan mudah.
Dengan motto WP iaitu Kod adalah Puisi, Editor mereka kita mengamalkan WYSIWYG yang minimalis, mudah dan selesa seakan Elementor. Selain boleh drag drop, ubahsuai font lebih mudah dan setiap blok boleh diguna semula.
Video di atas ada serba sedikit perbincangan mengenai kemaskini baharu, untuk tahu selebihnya boleh ke https://make.wordpress.org/core/2021/02/23/wordpress-5-7-field-guide/