ERD: Rancang Sistem Anda

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Setiap perkara perlulah ada satu permulaan, sebelum mula mendaki dan berlari ke episod yang seterusnya. ERD adalah satu model untuk kita susun database agar dapat menggambarkan data yang ada hubungan(relations) dengan database yang akan dibangunkan nanti.

ERD Sesebuah Database Penting Untuk Sistem Anda
ERD Sesebuah Database Penting Untuk Sistem Anda

ERD seharusnya perlu direka oleh orang yang tahu bisnes mereka. Hal ini sepatutnya direka oleh para pemilik bisnes yang ingin menempah khidmat para programmer kerana programmer tidak tahu konsep dan flow bisnes mereka. Ramai yang memikirkan segalanya harus dilakukan oleh programmer padahal perlu sedar mereka bukanlah ahli sihir yang tahu apa yang pemilik bisnes inginkan. Programmer juga perlu tahu design ERD dan memahaminya supaya memudahkan urusan pemahaman sistem yang ingin dibangunkan dan juga untuk mengajukan pandangan dan cadangan sewaktu proses merancang sesebuah sistem database.

Komponen Penting ERD

Ada beberapa komponen penting yang perlu kita tahu iaitu

Entiti

Kumpulan objek yang dapat dikenalpasti sebagai unik.

Attribut

Setiap entiti mempunyai beberapa elemen yang dipanggil atribut yang berfungsi untuk menerangkan ciri-ciri dari entiti tersebut. Key Attribute adalah satu attribute yang unik yang digunakan untuk membezakan dalam entiti.

Types of Attributes | DBMS | Gate Vidyalay

Key: atribut yang digunakan untuk menentukan entiti secara unik. Contoh: id pelajar, id kolej.
Simple: atribut bernilai tunggal yang tidak dapat dipecah lagi (atomic). Contoh: Alamat, tahun terbit buku, nama penerbit.
Multivalue: atribut yang memiliki sekelompok nilai untuk setiap entiti Contoh: nama beberapa penulis dari satu buku yang sama.
Composite: atribut yang terdiri dari beberapa atribut yang lebih kecil Contoh: nama lengkap dibahagi nama depan, tengah, dan belakang.
Derived: dihasilkan dari atribut lain dan tidak wajib ditulis dalam ERD. Contoh: usia, kelas, selisih harga.

Relations (Hubungan)

Setiap entiti boleh berhubungan antara entiti lain untuk dapatkan data dari entiti tersebut. Contohnya table pelajar ada hubungan dengan ibubapa.

  1. One to one: satu entiti berkait dengan satu entiti lain. Contoh: 1 pelajar ada 1 sekolah
  2. One to many: satu entiti berkait dengan beberapa entiti. Contoh: 1 pelajar ada BANYAK guru.
  3. Many to many: setiap entiti boleh berhubung dengan yang lain. Contoh: RAMAI pelajar boleh ada BANYAK subjek.
Many to Many Dimudahkan Dengan Perantara Seperti Category_product

Garisan

Setiap entiti yang berhubungan dilukis garisan untuk menerangkan hubungan antara mereka.

Contoh-contoh Garisan

Cara Melakar ERD

Diatas adalah contoh ERD penuh yang dilakar boleh diguna untuk kedai-kedai baju. Boleh mula dengan

  1. Senaraikan entiti yang ada dalam sistem
  2. Letakkan attribut yang ada dalam setiap entiti
  3. Disyorkan tulis Primary Key atau Foreign Key di kiri attribut dalam entiti
  4. Tentukan hubungan antara setiap entiti
  5. Tentukan garisannya

Jadi, macam mana? Mudah tak nak mulakan satu sistem apabila ada ERD? Dengan ERD ni pun dapat memudahkan proses pembangunan sistem dan dapat mengelakkan salah faham antara pemilik dan pembangun. Terima kasih kerana membaca boleh follow @websiteusahawan di FB dan Insta ya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.