Apabila Xiaomi bertemu Xiao dari Genshin Impact.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Xiaomi telah mengwar-warkan kerjasama mereka dengan permainan telefon mudah alih yang hangat sekarang ini iaitu, Genshin Impact. Rentetan daripada kerjasama tersebut, Xiaomi jamin pengguna telefom Mi 11 akan mendapat pengalaman yang lebih bagus dalam bermain Genshin Impact. Mereka melancarkan Mi 11 pada minggu lepas sama tarikhnya dengan kemunculan karakter 5 bintang iaitu Xiao, Si Yaksha Pelindung (Penjaga yang melindungi negara Liyue di dalam Genshin Impact, dikenali juga sebagai Penakluk Syaitan)

Xiao dan Xiaomi dalam Facebook Xiaomi

Berkenaan dengan kerjasama tersebut, Xiaomi menerangkan:

“Pelancaran Mi 11 adalah satu permulaan untuk Xiaomi membuat kolaborasi bersama permainan mudah alih terhangat tahun 2020, Genshin Impact. Mi 11 akan memberikan pengalaman yang memuaskan hati dan Xiamoi akan berganding bahu bersama syarikat MiHoYo untuk permainan yang lebih lancar. Nantikan kami!”

Walaupun tidak ada sebarang kata khusus mengenai kerjasama tersebut, Xiaomi ada menyatakan bahawa mereka dan pemaju MiHoYo akan memastikan Mi 11 berupaya untuk membawa Genshin Impact dengan lancar. Kita semua tahu permainan ini memerlukan telefon pintar yang boleh menampung grafik dan jumlah gb yang tinggi dalam keadaan yang lancar dan tiada lag.

Tapi bagi admin lah kan, walaupun tanpa kerjasama tersebut, Xiaomi Mi 11 tentu takkan ada masalah untuk mengendalikan permainan Genshin Impact ini kerana telefon ini diselaras dengan Snapdragon 888 dan mempunyai sebanyak 8gb RAM.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.