Kita semua membesar dengan menonton animasi popular dari jepun ini; Doraemon. Siapa tak kenalkan? Bermula dari generasi Boomer sehinggalah generasi Z, semua lapisan umur pasti mengetahuinya. Padahal siap boleh mengajuk-ajukan lagi dengan kawan-kawan setiap dialog Nobita dan kawan-kawan. Waktu penulis zaman budak-budak dulu, penulis akan setia menunggu di hadapan skrin televisyen di rumah. Dah hafal dah masa bila siri Doraemon ditayangkan. Terutamanya hujung minggu sebelum azan Maghrib di NTV7 (Sekarang dah tak ada. Kena ganti dengan GoShop). Doraemon sememangnya adalah memori yang tak dapat kita lupakan buat selama-lamanya.
Bagi yang tidak mengenali siri kartun Doraemon, Doraemon merupakan robot kucing dari abad ke-22 dilukis oleh Fujio F. Fujiko. Doraemon mendapat tugasan untuk membaikpulih moyang Nobi Sewashi (cucu cicit kepada Nobita) daripada sikap malasnya.
Stand by Me Doraemon dan Stand By Me Doraemon 2 adalah buah tangan bersempena 50 tahun keberadaan siri anime Doraemon. Kini, filem Stand By Me Doraemon ke-2, akan ditayangkan ke seluruh dunia pada Februari 2021. Di Malaysia, filem ini akan ditayangkan di GSC Cinemas berdekatan. Tarikhnya belum diketahui lagi atas sebab kerajaan Malaysia melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia kecuali Sarawak pada 22hb Januari 2021 sehingga 6hb Februari 2021.

Dalam filem Stand By Me Doraemon 2 ini, Doraemon hanyalah menjadi watak sokongan kepada watak utama iaitu Nobita dan Shizuka. Filem ini lebih menumpukan kepada revolusi persahabatan antara Nobita dan Shizuka yang juga merupakan dambaan hati Nobita. Doraemon sentiasa menolong Nobita untuk memikat hati Shizuka berkali-kali. Ia membuahkan hasil dan mereka akan berkahwin! Jika kita lihat di poster ini pun kita boleh mengerti apa yang filem ini mahu sampaikan. Bukan sahaja Doraemon akan menangis nanti, dengan kita sebagai penonton pun turut menangis sama.
Berikut adalah trailer untuk Stand By Me Doraemon 2:
Admin sampai menangis semasa menulis artikel ini. Cuba bayangkan berapa lama admin tunggu untuk mereka bersatu. Dalam filem ini akan dipaparkan keperibadian Nobita semasa kanak-kanak dan sebelum majlis perkahwinan. Pasti akan melucukan di samping menyentuh hati ketika menontonnya nanti. Sama-sama kita tunggu filemnya~~ (Jangan lupa tisu)
