HTML : Nak Mula?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Beberapa masalah sering kita hadapi dalam mempelajari sesuatu. Contohnya sewaktu kita kuliah dulu, terlalu banyak perkara yang kita fikirkan. Bagaimana nak belajar, macam mana nak daftar kelas, maca mana nak buat fyp dan lain-lain. Padahal, perkara paling penting dalam setiap perkara baharu adalah langkahan pertama contohnya melangkah masuk ke universiti, dan barulah kita mampu belajar satu per satu sehingga kita tidak perlu lagi kerap bertanya apakah haluan seterusnya.

Oleh itu, hal yang sama untuk pengaturcaraan web. Perkara pertama adalah langkah pertama anda. Disini kami terangkan bagaimanakah langkah pertama anda.

Apabila kita ingin ciptakan sistem atau website atau apa-apapun yang penting adalah tools. Di sini kami kenalkan beberapa tool wajib untuk anda. Pertamanya adalah local server, di sini kami cadangkan Laragon kerana keselesaan menggunakannya dengan beberapa tools yang sudah di-install awal seperti HeidiSQL yang berfungsi untuk mengurus database.

Developing in Windows – Stuff I'm Up To
Muat turun Laragon di https://laragon.org/download/

Jadi, kita dah ada server di local PC kita untuk perbolehkan web kita dibuka di browser. Sekarang kita perlu cari satu editor untuk mengubah kod programming. Dalam programming web, kita sebenarnya cukup mengemaskini kod kita dengan tools mudah seperti NotePad sahaja. Namun begitu terdapat beberapa feature menarik untuk programmer di IDE dan Editor lainnya. Kami selalu gunakan VS Code kerana user experience yang menarik memberi pengalaman sama seakan-akan menggunakan IDE berat seperti Visual Studio tetapi ringan dan mudah.

Visual Studio Code - Code Editing. Redefined
Muat Turun di https://code.visualstudio.com/download

Ok, sekarang ni kita dah install semua yang perlu. Sekarang apa yang kita perlu tulis? Mulalah dengan HTML.

Bercakap mengenai HTML tidak hanya terhad pada maknanya. Anda harus mengetahui tali sekiranya anda mahir dalam bahasa markup ini. HTML bermaksud Hypertext Markup Language. HTML membolehkan pengguna membuat dan mengatur bahagian perenggan, tajuk, pautan atau pautan, dan blokquot untuk halaman web dan aplikasi.

HTML bukan bahasa pengaturcaraan, dan itu berarti ia tidak memiliki kemampuan untuk membuat fungsi dinamik. Sebaliknya, HTML membolehkan pengguna menyusun dan memformat dokumen, seperti Microsoft Word. Semasa bekerja dengan HTML, anda menggunakan struktur kod mudah (tag dan atribut) untuk menandakan halaman web. Sebagai contoh, andaikan anda membuat perenggan dengan meletakkan teks tertutup di antara tag pembuka dan penutup .

<p>Ini adalah cara anda menambahkan perenggan dalam HTML.</p>
<p>Anda boleh memiliki lebih dari satu!</p>

Kesimpulannya, pengertian HTML sebagai bahasa mark up sangat mudah difahami walaupun untuk webmaster baru dalam bidang pembangunan web. Sedikit tips dari kami.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.