Google Malaysia hari ini meraikan penyanyi, pelakon dan ikon fesyen bagi Singapura dan Malaysia; Saloma dengan google doodles bersempena dengan beliau menjulang gelaran sebagai Biduanita Negara yang pertama pada 26 November 1978.
“Beliau adalah pencetus trend dari lewat era tahun 50 -an sehingga awal tahun 80 -an. Saloma telah merekodkan sebanyak 500 buah lagu! Wow, banyak tu! Penglibatan berkarisma beliau dalam dunia perfileman telah menjadi rujukan bagi pelakon-pelakon di negara beliau pada masa hadapan.” Seperti yang dinyatakan oleh Google di halaman Doodles hari ini.
Saloma atau nama sebenar beliau, Salmah Ismail lahir di Singapura pada tahun 22 Januari 1932. Saloma memulakan latihan sebagai vocalist ketika usia beliau 7 tahun!
Usia remajanya diisi dengan meraikan nyanyian di kelab malam dan kenduri kahwin kerana beliau sudah pun menjadi penyanyi profesional. Beliau mula melibatkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 1950 -an, menyerlahkan lagi bakat seni beliau di persada dunia.
Seusai mengikat talian cinta bersama Seniman Agung iaitu P. Ramlee pada tahun 1961, industri hiburan Malaysia dan Singapura meletup! Penangan daripada “pasangan legenda serasi” ini.
“Beliau bergaya dengan sanggul elegan yang ikonik dan persalinannya yang unik (jahitan beliau), Saloma membintangi filem sepanjang tahun 60 -an disamping melahirkan album sepanjang karier. Terima Kasih, Saloma. Bakat senimu berjaya menyemarakkan semangat golongan wanita di Malaysia untuk melangkah lebih jauh.” berikut adalah tulisan Google sendiri mengenai Saloma.
Google, pelayar termashyur di dunia selalu menggunakan Google Doodles khas bagi mencatatkan perkara istimewa untuk diraikan seperti hari cuti, peristiwa, kejayaan dan tokoh sejarah yang perlu diperingatkan. Di bawah ini adalah antara doodles yang dihasilkan bagi menghargai seniman dan tokoh tanah air.
Anda boleh lihat lebih banyak doodles yang dihasilkan oleh Google Doodles mengenai Malaysia di https://www.google.com/doodles[p]-