Penulisan adalah satu medium penting untuk kita. Boleh dikatakan semua dari kita harus mahir dalam penulisan buat masa ini lebih-lebih lagi masing-masing sedang menjalani kehidupan norma baru dimana presentasi kerja lebih kepada laporan penulisan berbanding daripada kata-kata tidak kisahlah sama ada secara lampiran dokumen ataupun chatting di platform bual tersedia.
Sebagai seseorang yang meminati bidang IT, tidak dinafikan ramai yang tidak terlupa akan tarikh kelmarin iaitu satu hari sambutan mengingati Ada Lovelace seorang pengaturcara pertama di dunia. Pada sesiapa yang tidak mengenali Ada, beliau adalah seorang puteri dari penulis dan artis popular, yang mana tiada siapa boleh menidakan Ada juga memiliki bakat dan minat yang sama dari bapanya. Namun begitu, Ada Lovelace dididik oleh ibunya untuk fokus kepada bidang Matematik sehinggalah Ada menjadi seorang genius dalam ilmu pengiraan. Untuk cerita lanjut mengenai Ada, boleh teruskan baca di artikel ini. Kesimpulannya, IT itu bukan sahaja lahir dari bidang matematik dan sains malah dari bidang penulisan juga.
Hari ini, kami ada terjumpa satu peraduan menarik untuk mereka yang meminati bidang sains atau kini sedang berkerja secara norma baru.
Peraduan KISAH Futures adalah untuk menghimpun dan berkongsi hasil karya asli bertemakan masa hadapan Malaysia pasca COVID-19. Menurut website mereka, peraduan ini ingin memberi peluang kepada rakyat Malaysia ataupun yang bukan warganegara tetapi telahpun menetap di sini untuk berkongsi pendapat yang mungkin boleh perubahan dari segi daya tahan dan kelestarian masa hadapan sosial, ekonomi dan ekologi di bandar raya dan lain-lain lagi. Berikut adalah tema yang mereka cadangkan.
Jadi kepada yang berminat boleh ke website mereka di https://thinkcity.com.my/UNDPKisah/home-bm/