Kami Maafkan.
Minggu yang lalu, tular aktif di ciapan-ciapan Twitter mengenai perbualan Upin dan Ipin bersama Fizi dan Mail di sebuah surau. Hal sohor kini yang mencetuskan kontroversi adalah apabila netizen dari Indonesia mula menyoal sikap Fizi apabila menjawab pertanyaan Upin. Ia berbunyi seperti berikut:
Upin: Habis tu kalau kita takde mak?
Fizi: Takdelah syurga~
Seperti yang kita kenal, Fizi merupakan watak yang selalu cembeng akan tetapi istimewanya budak ni, dia adalah sarcastic naturalist. Maksudnya, dia boleh memberikan punchline yang menyengat di hati secara spontan. Disebabkan perangai Fizi begitu, ramai yang tidak dapat menahan sabar dan beramai-ramai menyerang Les Copaque.
Setelah banyak post dijaja di media sosial; termasuk daripada Les Copaque sendiri, mereka pun mengambil keputusan untuk membuat video minta maaf. Sejurus selepas 6 jam video disiarkan, barulah netizen-netizen berkata yang mereka hanya bergurau sahaja. Mereka malah mengatakan hal ini sudahpun menjadi norma gurauan meme mereka, dan usahlah rakyat Malaysia terasa hati. Setiap komen dibalas dengan “Kami Cinta Upin Ipin dan Fizi “. Petanda baik, siri animasi popular negara itu yang baru-baru ini terpilih dalam senarai awal pemenang Anugerah Oscar walaupun baru-baru ini mendapat berita yang gagal di peringkat akhir.
Pengajaran yang kita dapat daripada cerita ini adalah:
1) Kanak-kanak membesar dengan melakukan kesilapan. Jika anda semua menonton episod penuh, kita tahu yang Fizi akhirnya sedar akan perbuatannya.
2) Animasi Malaysia sudah di tahap yang memberangsangkan kerana netizen luar mula membincangkan plot dalam animasi kita lebih mendalam dan terperinci. Mereka malah mendalami perasaan setiap watak sehingga merasakan mereka adalah sahabat rapat pada setiap watak tersebut.
3) Ibu bapa juga boleh mengambil iktibar daripada kelakuan Fizi tersebut agar boleh dijadikan iktibar untuk mengajar anak-anak supaya beringat dalam menuturkan kata.
Walaubagaimanapun, admin berbangga dengan Les Copaque yang mampu mendaki sehingga sejauh ini, siapa sedar siaran animasi yang mendapat kecaman omong kosong atau sekadar melepas batok di tangga pada netizen-netizen dahulu kini menjadi ‘sahabat’ untuk seluruh jiwa murni seantero dunia.