Bekerja dari rumah mungkin adalah suatu kata taboo atau jelak bagi para majikan. Mereka seolah tidak mampu menerima kerja bakal wujud sekiranya dilakukan di rumah, norma tradisi bekerja di pejabat dipenuhi helaian-helaian borang dan folio-folio bertingkat seperti di filem-filem kebiasaan seakan menjadi suatu penjara kepada minda kita semua sama ada majikan maupun pekerja.
Penjara yang menghentikan kemampuan berfikir secara logis dimana kerja mampu dilakukan dimana-mana apatah lagi bila kita semua sudah pun celik dan tercapai pada akses teknologi baharu yang tidak lagi menjadi pertemuan dua muka di lokasi yang sama adalah suatu kewajipan bagi kita.
Menurut Bernama.com, CEO PNB Jalil Rasheed memaklumkan yang bekerja dari rumah kini merupakan opsyen kekal, bukan hanya bagi tempoh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja.
Beliau berkata ini sebahagian perancangan strategik yang dilancarkan PNB minggu lepas, satu bidang tumpuan adalah transformasi organisasi.
Rentetan dari berita ini boleh dirujuk di laman web Bernama di sini. Pada pendapat kami budaya bekerja di rumah sebenarnya sudah wajar dilalui oleh kita sejak dahulu lagi. Tambahan pula, golongan yang bekerja dalam industri digital, hal ini sudah seperti nasi putih menjadi rutin makan ruji hari-hari dan bukanlah lagi suatu ‘norma baharu’ yang baru sahaja dihebohkan sejak PKP dijalankan baru-baru ini.
Apatah lagi team kami yang terdiri dari pembangun sistem dan laman web, penulis kreatif, tutor dan pereka grafik adalah pekerjaan yang sudah boleh mandiri dari suasana pejabat. Aplikasi-aplikasi seperti Skype dan Trello sudah menjadi kebiasaan malah seakan lebih cepat melalui atas talian berbanding di pejabat. Hal ini perlu diterima masyarakat, norma baharu bukan sahaja boleh mengatasi masalah penularan penyakit berjangkit seperti Covid19, malah banyak lagi seperti memupuk rasa keberadaan keluarga di rumah, kesesakan lalu lintas, kelewatan masuk kerja dan efisien.
Namun begitu, bagi yang kurang biasa, hal ini perlukan displin yang tinggi dan kemahiran komunikasi yang bagus supaya tiada timbul salah faham dan kelewatan melunaskan kerja. Setiap staf harus memaklumkan segera setiap perubahan dan progres tugasan mereka pada ketua bahagian masing-masing.
Aplikasi Kanbanflow dan Jira selalu kami guna untuk memudahkan urusan pemerhatian progres kerja setiap pekerja kami. Selain itu, budaya SCRUM dan SPRINT harus diperkenalkan kepada semua industri termasuk sektor kerajaan bagi memastikan tugasan dapat diserahkan mengikut tarikh akhir. Apa itu SCRUM dan SPRINT? Mungkin kami akan jelaskan lebih terperinci di posting yang lain. Apa-apapun tahniah Perdana Menteri kita sudah teruskan lagi PKP ini. Harapan agak kita menang kali ini. Insyallah.