Dah Boleh Koding Guna iPadPro!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Dalam dunia gajet zaman ini siapa tidak kenal peranti popular dari Apple yakni iPad Pro. Dengan perubahan drastik sejak iPad Pro 2018, iPad Pro kini menjadi antara gajet alternatif kepada telefon pintar yang amat diminati ramai. Apa lagi yang tidak cukup untuk sebuah tablet? Dengan design yang menarik, iPadOS13 yang baharu memiliki antaramuka dan antarletak interaktif yang menarik ditambah dengan keupayaan spekfikasi yang dinaiktaraf begitu jauh dari keluaran sebelumnya, iPad Pro menjadi satu ikon penting dalam kelas tablet. Tambahan pula, iPad Pro keluaran 2018 dan 2020 mampu menyokong Apple Pencil 2 yang dilihat amat futuristik,selesa dipegang dan pembawaan pengalaman baharu dengan ciri-ciri yang ada padanya terutamanya permukaan sentuhan intuitif yang menyokong penekanan dua kali memberi banyak kemudahan kepada pengguna.

black iPad and Apple Pencil

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kebolehan iPadOS 13 mampu mengunakan aplikasi-aplikasi komputer seperti Adobe Photoshop dan lain-lain. Hal ini pernah mengajak ramai youtuber nasional dan luar membuat konten percubaan menggunakan iPad Pro sahaja dalam masa sehari untuk menggantikan laptop ataupun membuat alasan apakah iPad Pro 2018 boleh menggantikan laptop. Antaranya ulasan Fazli Halim di Amanz dan Lewis di saluran Unbox Therapy . Tambahan pula, dengan wujudnya teknologi storan awan (cloud) kerja-kerja norma secara luar talian telahpun bertukar kepada dalam talian.

Photo of Couple Talking While Holding Laptop and Ipad

Hal ini juga telahpun memudahkan para pembangun aplikasi atau sistem untuk bekerja di mana-mana tanpa memerlukan Macbook atau laptop yang berat dan kurang fleksi. Namun, aplikasi untuk koding di iPad Pro masih terhad dan manyukarnya usaha melalukan pengaturcaraan aplikasi seperti software XCode di Macbook. Seperti yang kita sedia maklum, semua aplikasi iPad dibangun dalam Xcode, tetapi alat pembangunan itu belum lagi tersedia pada iPad. Walaubagaimanapun, artikel dari Apple Insider sudah mewartakan bahawa aplikasi berkenaan akan tampil untuk kemaskini iPadOS terbaharu. Menurut mereka baru-baru ini, Jon Prosser yang selalu berjaya memberi leaks mengenai Apple telah mendakwa bahawa terdapat perubahan besar dalam perisian. Secara khusus, dia mengatakan bahawa Final Cut Pro X akan datang ke iPad Pro, dan begitu juga dengan aplikasi pembangunan perisian Apple, Xcode.

Dibawah ini adalah petikan cicipan beliau.

 

Walaupun penulis Bloomberg Mark Gurman mengatakan itu tidak benar, Prosser cukup tegas dalam hal ini, akhirnya mendakwa dia tahu perincian yang belum dapat dia dedahkan.

Syarikat penyunting gambar Pixelmator mengatakan bahawa kedua-duanya akan datang, walaupun tidak ada hubungan yang sebenar. “Kami merasakan Apple mahu iPad menjadi peranti pro untuk kerja yang serius dan semakin kuat dengan setiap peranti baru,” kata ketua pemaju Pixelmator, Simonas Bastys.

“Oleh itu, kemungkinan aplikasi seperti Xcode dan Final Cut Pro X akhirnya akan datang, jika tidak sekarang, kemudian di masa depan,” lanjutnya.

Walaubagaimanapun hal ini sudah semestinya memerlukan penelitian yang teliti sama ada fungsi yang sama mampu dibawakan di iPad Pro sama seperti di Macbook. Perkara berkaitan kemampuan peranti dan perkakas sedia ada untuk menampung software tersebut terutamanya kapasiti RAM, dan juga soal kesesuaian (compability) software tersebut dan kaitan dengan aplikasi lain dan juga sistem operasi iPad itu sendiri.

person writing on white paper

Pada umumnya, sekiranya hal ini menjadi suatu kenyataan, ramai warga profesional akan berterima kasih pada Apple terutamanya para pembangun aplikasi dan pereka(designer). Masakan tidak, bayangkan kita memiliki peranti serba boleh seperti Macbook Pro di dalam beg kecil ketika keluar travel, balik kampung ataupun bertemu pelanggan di luar pejabat. Bayangkan sedang berborak dengan sahabat di kedai makan mengenai satu peluang bisnes, tiba-tiba ingin tunjukkan sistem demo; terus buka beg dan tunjuk, berbanding perlu membawa laptop yang agak besar kemana-mana. Pada pendapat Admin perkara ini sangat berguna, boleh kongsikan pendapat sahabat-sahabat di ruang komen.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.