RUMUSAN FILEM ANIMASI MALAYSIA 2019 (REPOST)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Seperti yang kita sedia maklum, tahun lepas merupakan tahun sengit buat animasi 3D di Malaysia. Syarikat Les Copaque, Monsta dan Wau Animation masing-masing mengeluarkan hasil karya mereka pada tahun 2019. Admin telah pun menonton ketiga-tiga filem tersebut dan ini adalah ulasan admin mengenai filem animasi Malaysia 2019. Jangan marah admin kalau animasi yang kalian suka tidak tercatat di kedudukan pertama.

A) Plot (tiada spoiler):

1) Ejen Ali: Misi Neo:

Banyak twist dan drama sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Semua watak termasuk sampingan memainkan peranan.ย Filem ini lebih menggarapkan situasi sebenar betapa luasnya jurang antara kaya dan miskin. Di sini admin ingin ingatkan bahawa filem ini bukan dibuat atas dasar hitam dan putih, tetapi ianya berunsur kelabu (realiti).

2)Upin Ipin Keris Siamang Tunggal:

Admin secara jujur sangat sukakan genre fantasi dongeng. Melalui filem ini, admin dapat melihat cerita-cerita dongeng yang admin gilakan sewaktu kecil dulu diterjemahkan ke dalam bentuk animasi. Suka cara dia angkat balik cerita dongeng yang tak semua orang tahu; contoh Keris Siamang Tunggal dengan Nakhoda Ragam. Malangnya, filem ini terlalu banyak meletakkan karakter-karakter dongeng sehinggakan kita tak tahu apa fungsi mereka di dalam filem tersebut.

3)Boboiboy 2:

Retak’ka adalah watak antagonis yang admin paling suka setakat ini ehe

Plot cerita untuk filem ini adalah plot shounen (genre tontonan untuk kanak-kanak/remaja lelaki) biasa. Bagi admin, filem ini agak cliche kerana ia masih hanya menumpukan satu karakter sahaja dalam penceritaan iaitu Boboiboy. Watak-watak yang lain seolah-olah tidak memainkan peranan yang lebih berat terhadap karakter Boboiboy itu sendiri. Tapi rekaan karakter antagonis, Retak’ka cun! Admin bagi lima ibu jari ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

B) Graphics:

1) Boboiboy 2:

Antara 3 filem tersebut, admin paling kagum dengan grafik dari Boboiboy 2. Transisi antara babak lebih tersusun dan teratur dibandingkan dengan 2 filem animasi yang lain.

2) Upin Ipin Keris Siamang Tunggal:

Ada sesetengah babak macam tak habis render. Sayang, dah cantik tapi ada sedikit comot.

3) Ejen Ali: Misi Neo:

Rekaan watak dah lawa cuma bangunan di latar belakang masih kelihatan seperti kotak. Hanya yang utama sahaja yang kemas dan teliti. Masih ada harapan. Wau Animation baru lagi kot. #kasichance

C) Muzik dan bunyi.

1) Upin Ipin Keris Siamang Tunggal:

Lirik lagu, transisi muzik, lantunan suara semuanya kena dengan tema fantasi dongeng ๐Ÿ‘Œโœจ Menusuk ke dalam hati.

2) Ejen Ali: Misi Neo:

Terlalu banyak lagu sampai tak tahu mana satu lagu tema yang sebenar. (Mamak Maju top kekย โค๏ธโœจ)

Iyaaa~~~~~~~~~~

3) Boboiboy 2:

Sangat bermotivasi tapi agak kurang umphh berbanding lagu Masih di Sini.

Secara keseluruhan, syabas buat semuanya~~ dengan hanya beberapa juta boleh buat animasi sebagus ini. Ketiga-tiganya ada elemen nusantara itu sendiri~

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Donโ€™t Stop Here

More To Explore

Revolusi Kerja Jarak Jauh

Kerja jarak jauh semakin popular dalam era digital. Peningkatan teknologi dalam talian membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana dengan akses internet yang stabil. Artikel ini membincangkan

5 Senaman Mudah di Pejabat

Duduk berjam-jam boleh menyebabkan kesakitan badan, kekejangan, dan kebas. Namun, mengambil masa beberapa minit setiap jam untuk melakukan senaman mudah boleh membantu anda menjaga kesihatan

Eksklusif newsletter update di inbox anda.