TAHUKAH ANDA? (Part 20: GeoGuessr)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ketika dalam situasi pandemik dan lockdown pada tahun 2020 dan 2021, pasti ada di antara kita yang mula melakukan hobi baru. Ada juga yang memuat turun pelbagai mobile games seperti Plato dan Among Us bagi mengurangkan kebosanan mereka.  Ada juga yang tidak memuat turun mana-mana aplikasi mobile games tetapi melayari internet dan hanya bermain dalam talian.

Antara permainan dalam talian yang terlihat jelas lonjakan popularitinya adalah GeoGuessr. Sebenarnya, GeoGuessr telah pun lama dibangunkan dan diperkenalkan oleh Anton Wallen sejak tahun 2013. Namun, ketika pandemiklah, ramai streamers mula bermain permainan ini sehinggakan followers mereka pun mula mendaftarkan akaun mereka masing-masing.

(Laman utama pendaftaran akaun GeoGuessr)

Apakah sebenarnya GeoGuessr?

GeoGuessr merupakan suatu permainan dalam talian di mana pengguna boleh menilai tahap kecerdasan pengetahuan am mereka sendiri, lebih-lebih lagi dalam bidang Geografi dan Sejarah. Permainan ini boleh dimainkan dalam pelbagai mod seperti singleplayer, multiplayer, party dan juga kuiz.

(Mod Geoguessr: Singleplayer, Multiplayer, Party, Quiz)

Yang menariknya lagi, ia bukan sahaja tertumpu kepada satu negara sahaja, tetapi keseluruhan dunia. Pemain akan ditempatkan secara rawak melalui Google Street View dan mereka perlu mencari petunjuk tentang nama tempat keberadaan mereka dengan menggunakan kemahiran navigasi masing-masing. Semakin hampir tekaan pemain kepada jawapan yang sebetulnya, semakin banyaklah mata yang mereka kumpul.

Kesesuaian Geoguessr untuk Tujuan Pembelajaran

Untuk anda semua yang belum mengetahui perkara ini, sebenarnya, ada sahaja guru-guru yang telah menggunakan GeoGuessr sebagai suatu bentuk aktiviti pembelajaran yang interaktif. Malahan, ada sekumpulan guru yang menyatakan bahawa ia sesuatu yang mudah menarik perhatian pelajar untuk lebih ingin mengambil tahu tentang budaya pelbagai masyarakat dunia. Beberapa guru ini menganggap GeoGuessr sebagai latihan literasi media yang dapat membantu para pelajar untuk berfikir secara kritis apabila melihat petunjuk-petunjuk di dalam permainan berkenaan seperti bahasa asing, mercu tanda, makanan tradisional, tarian serta bendera kebangsaan dan lain-lain lagi.

(Live challenge (Cabaran Langsung) : Petunjuk bahasa asing)

Hal ini bukanlah bermakna sesiapa sahaja yang bermain permainan ini akan terus secara automatik menjadi seseorang yang pandai dan arif dalam segala aspek pelajaran Geografi dan Sejarah. Ia hanya wujud sebagai pencetus sifat ingin tahu dalam diri pelajar yang membolehkan mereka untuk memulakan perbincangan di dalam kelas bersama guru dan rakan-rakan. Di sini, guru bolehlah menjawab soalan pelajar-pelajar dan menjelaskan latar belakang tempat-tempat yang telah diterokai melalui GeoGuessr.

Mod kuiz permainan ini juga menampakkan dedikasi GeoGuessr dalam menyebarkan maklumat sejarah dengan cara yang mudah untuk dihadam oleh para pelajar, terutamanya yang masih duduk di bangku sekolah. Apabila pelajar memperoleh maklumat sejarah yang ringkas melalui GeoGuessr, mereka terus akan tertanya-tanya. Oleh itu, perkara ini mampu mendorong perkembangan kemahiran penyelidikan dan analitik mereka.

(Mod kuiz; maklumat sejarah ringkas boleh diperolehi oleh pelajar)

Bahkan, GeoGuessr juga menggalakkan penerimaan pengetahuan am dan sejarah yang biasanya tidak akan pelajar-pelajar selidiki jika ia bukanlah berkenaan dengan silibus mereka. Contohnya adalah sistem kerajaan di Switzerland dan juga undang-undang di Amerika Syarikat. Ada juga maklumat yang akan mengejutkan sesiapa yang tidak mengetahui beberapa perkara ini seperti jenama Rolex yang telah pun wujud sebelum berakhirnya Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1922.

(Mod kuiz; membolehkan perkembangan pengetahuan am dan sejarah)

Permainan ini sememangnya mampu merangsang minda seseorang untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya dan sejarah masyarakat dunia. Jadi, jika anda yakin dengan pengetahuan am yang anda miliki, ataupun anda seorang pelajar Geografi serta Sejarah, anda boleh sahaja cuba bermain game ini untuk perkembangan pengetahuan anda sendiri!

Klik link untuk mencuba : https://www.geoguessr.com/

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
Share on telegram

One Response

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Don’t Stop Here

More To Explore

Keuntungan Bermain Slot Online Gampang Menang

Dalam penelusuran google akan terdapat beberapa pilihan provider situs slot dana gacor gampang menang jackpot terbesar yang dapat anda mainkan kapan saja dan dimana saja

Eksklusif newsletter update di inbox anda.